Home arrow Berita
Berita
Kursus Joomla! 1.5 (6.3.2010)

Pada hari Sabtu yang lepas, bersamaan 6 Mac 2010, Kursus Pembinaan Laman Web Joomla! 1.5 telah berjaya dijalankan. Kursus tersebut bertempat di Jom Training Center (JTC), Bandar Tasik Selatan, bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Kursus dijadualkan bermula 8.30 pagi dan sebelumnya ialah waktu sarapan pagi. Namun kelewatan pihak training center membuka tempat mereka kerana hujan, menyebabkan jadual terpaksa diubah.Oleh kerana jumlah peserta yang kecil, memudahkan perjalanan kursus dibuat.

Pada jam 9.00 pagi, kursus dimulakan dengan penerangan tentang pengenalan kepada internet, website, domain dan hosting. Penerangan ini dibuat oleh pihak syarikat. Walaupun topik ini tidak ada di dalam silibus namun kami merasakan amat penting diberi penerangan terlebih dahulu kerana latarbelakang setiap peserta berbeza-beza.

Seterusnya tutor jemputan iaitu Mejar Mohamad Bin Mohamad Noor meneruskan kursus sehingga jam 5.00 petang dengan 3 kali rehat iaitu untuk coffee break, makan tengahari dan solat zohor serta minum petang.

j2.jpgj1.jpg 

 

 

 

 

 

 

 

Berikut ialah senarai peserta kursus :-

1. Shareh Zulfadli Bin Shareh Nordin - Juruteknologi Makmal Perubatan, Fakulti Perubatan UM.
2. Siti Zaleha Binti Ahmad - R.A Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran UM.
3. Haslan Bin Tamjehi - Pustakawan, Perpustakaan UM.
4. Haezal Bin Musa - Pusat Teknologi Maklumat UM.
5. Mawlud Bin Mustain - Marketing Executive.
6. Ikram Zamrizal Bin Ibrahim -  Businessman.
 
Kursus Adobe Photoshop CS4 (7.2.2010)

Pada hari Ahad yang lepas, bersamaan 7 Februari 2010, Kursus Adobe Photoshop CS4 peringkat asas telah berjaya dijalankan. Kursus tersebut bertempat di Jom Training Center (JTC), Bandar Tasik Selatan, bermula pada jam 9.15 pagi sehingga 5.00 petang.

Seawal 8.15 pagi, sebahagian peserta telah tiba di JTC untuk menikmati sarapan pagi. Ada juga yang membawa laptop sendiri maka installasi perisian Adobe Photoshop CS4 perlu dibuat terlebih dahulu sebelum kursus bermula.

Bermula jam 9.15 pagi, kursus dimulakan dengan 2 kali rehat iaitu untuk coffee break dan makan tengahari serta solat Zohor. Sehingga jam 5.00 petang, kursus ditamatkan dan para peserta menunaikan solat Asar dan minum petang bersama sebelum meninggalkan tempat kursus.

 kursus1.jpgkursus2.jpg

 

 

 

 

 

 

 

Berikut ialah senarai peserta kursus :-

  1. Tengku Izzudin Bin Tengku Ismail (Jurutera).
  2. Faizul Bin Mohammad (Guru).
  3. Mutalib Bin Kasim (R.A Jabatan Media, UM).
  4. Norhirni Md Zahir (R.A Jabatan Kejuruteraan Rekabentuk, UM).
  5. Azrina Bt. Arshad (R.A Jabatan Kejuruteraan Rekabentuk, UM).
  6. Abdul Khalil Bin Abdollah (Penolong Pegawai IT, UTM).
  7. Ardi Nisyda Binti Mohamad Dahalan (Pengurus Gift & Such).
  8. Hamli Bin Sanai (Jurufoto).
  9. Fandi Bin Tahir (Pengurus Syarikat).
  10. Ahmad Syafiq Bin Zahari (Peniaga).
 
We have 9 guests online