Home
Kursus Adobe Photoshop CS4

Pada hari Ahad yang lepas, bersamaan 7 Februari 2010, Kursus Adobe Photoshop CS4 peringkat asas telah berjaya dijalankan. Kursus tersebut bertempat di Jom Training Center (JTC), Bandar Tasik Selatan, bermula pada jam 9.15 pagi sehingga 5.00 petang.

Seawal 8.15 pagi, sebahagian peserta telah tiba di JTC untuk menikmati sarapan pagi. Ada juga yang membawa laptop sendiri maka installasi perisian Adobe Photoshop CS4 perlu dibuat terlebih dahulu sebelum kursus bermula.

Bermula jam 9.15 pagi, kursus dimulakan dengan 2 kali rehat iaitu untuk coffee break dan makan tengahari serta solat Zohor. Sehingga jam 5.00 petang, kursus ditamatkan dan para peserta menunaikan solat Asar dan minum petang bersama sebelum meninggalkan tempat kursus.

 kursus1.jpgkursus2.jpg

 

 

 

 

 

 

 

 

Berikut ialah senarai peserta kursus :-

  1. Tengku Izzudin Bin Tengku Ismail (Jurutera).
  2. Faizul Bin Mohammad (Guru).
  3. Mutalib Bin Kasim (R.A Jabatan Media, UM).
  4. Norhirni Md Zahir (R.A Jabatan Kejuruteraan Rekabentuk, UM).
  5. Azrina Bt. Arshad (R.A Jabatan Kejuruteraan Rekabentuk, UM).
  6. Abdul Khalil Bin Abdollah (Penolong Pegawai IT, UTM).
  7. Ardi Nisyda Binti Mohamad Dahalan (Pengurus Gift & Such).
  8. Hamli Bin Sanai (Jurufoto).
  9. Fandi Bin Tahir (Pengurus Syarikat).
  10. Ahmad Syafiq Bin Zahari (Peniaga).
 

Page Rank

Free PageRank Display